Content
1st Time shoot gamba bunga api
-salam lensa hati-
Hari tu ada jalan-jalan ke putrajaya. Cadang nak amik gamba jambatan dan bangunan yang ada kat situ. Then, tetiba nampk group of photographer jalan-jalan kat tempat yang sama saya lepak (pullman putrajaya).
Tanya la kat salah sorang photographer tu, rupenya ada event pertandingan bunga api antarabangsa kat situ.
Nasib baik waktu tu memang peralatan cukup untuk shoot gamba. Tunggu ape lagi, siap solat semua, terus pacak tripod dan cari angle yang best untuk shoot. Cari punya cari, dapat la angle yang agak menarik, tapi sayangnye, hujan lebat la pulak after tu.
Disebabkan tak de payung, terpaksa la cari tempat berteduh. Nasib dapat tempat bawah jambatan.
Nak di jadikan cerita, hampir semua photographer kat situ dah set up tripod masing2 kat tempat yang agak best, tapi yang kelakar nya, 1st bunga api yang keluar 2 agak melencong dengan tempat yang dah di set up. Habis bertempiaran photographer2 yang lain tu dok cari tempat baru untuk shoot gamba. Sian la tengok. Nasib saya dapat dok depan, so dapat gak la shoot gamba.
Pengalaman pertama menangkap gamba bunga api.
*gambar kat bawah nie semua adalah 1st time try tangkap gamba bunga api. Tak pernah pun tangkap sebelum nie. So cacat gak la.*
sini lah angle yang konon nya bunga api nk keluar. last-last tempat lain.
Best gak shoot gamba bunga api nie.
Tapi dalam masa snap tu, pikiran terus teringat dekat mesir, palestin dan syria.
Bunga api yang kita ada sekarang untuk persembahan,
tapi mereka kat sana, subhanallah. Hanya Allah yang Maha Tahu.
Meraka setiap masa setiap ketika, percikan api merata tempat.
Percikan api yang membunuh.
Ya Allah selamat kan saudara kami di sana.
Mari lah kita sama-sama
Renung-renungkan nikmat keamanan yang kita ada sekarang.
Hargailah.
Koleksi Air Sungai
-salam lensa hati-
seperti yang tertera pada tajuk di atas,
disini saya sertakan beberapa koleksi foto
yang sempat di shoot waktu mandi sungai hari tu.
*kelakar bila ambil gamba air sungai nie
sebab orang sibuk mandi sungai kita sebuk ambil gamba.
Tapi alhamdulilah dapat gak foto-foto yang best. (bagi saya la ^_^)*
-nasib jumpa pepatung satu-
Perang dalam diri
-salam lensa hati-
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Moga tarbiyah ramadhan ini, dapat kita sama-sama kekalkan ke ramadhan kedepan
Perang dalam diri
Ramadhan yang berlalu banyak mengajar saya Erti kehidupan
Erti keseorangan
dan yang paling penting Erti Tarbiyah itu sendiri
Tarbiyah
Tarbiyah akan terus mengalir, terus berjalan
walau siapa pun pembawanya
walau siapa pun pengikutnya
walau siapa pun yang bersamanya
Yang pasti tarbiyah/islam itu pasti akan terus berjalan sehingga sampai ke penghujungnya.
Macam air sungai.
Ia pasti mengalir dan terus mengalir
tanpa henti
Persoalannya berbalik pada kita
Adakah kita akan berhenti untuk ditarbiyah atau sebaliknya?
Jadi pesanan ringkas dari lensa hati
Jom jadi seperti air sungai ni
akan terus mengalir sehingga ia sampai pada tujuannya
kerana yang pasti
Perang dalam diri ini memang pedih dan sakit
tetapi yakinlah
Yang BISA akan bertukar jadi BIASA
dan yang BIASA kan bertukar menjadi Manis
dan Manis akan membawa kita untuk menjadi seorang mujahid yang sebenar.
Buat Akhwat ku yang disayangi kerana Allah
-salam lensa hati-
to my beloved akhwat
terima kasih untuk semua
terima kasih untuk segala yang telah diberikan
baik
wang, tenaga, masa dan paling penting
ingatan sepanjang kita bersama
banyak yang di pelajari
banyak yang di baiki
banyak yang di tulusuri
ketika kita bersama
Terima kasih untuk itu
Dalam setiap persahabatan
dalam setiap jalinan ukhwah
yang kita harapkan cuma dua
nasihat dan doanya
Itulah yang akan mengeratkan ukhwah kerana Allah
biarlah kita
bertemu tidak jemu
&
berpisah tidak gelisah
kerana
antara kita
ada doa dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat.
Maaf dari ku
&
Terima kasih untuk semua
Mana letakknya Allah di hati kita?
-salam lensa hati-
Kita sering bertanya
Dimanalah kedudukan atau tingkatan kita di sisi Allah.
Apakah apa yang aku buat nie dapat meningkatkan darjat aku disisi Allah
dengan pertanyaan-pertanyaan ini
kita lupa untuk bertanya
dimana kita letakkan Allah di hati kita.
Mungkin di satu tempat yang jauh ke dalam hati sehingga kita jarang untuk melewati
atau
di tempat-tempat sempit yang ditindan dengan hal duniawi
atau
di tempat yang paling besar, paling utama dan paling ekslusif di dalam hati.
Jadi mari sama-sama renungkan dan bertindak untuk mengutamkan Allah lebih dari segalanya.


