Content

Good Thing and Bad Thing

Friday 22 November 2013 0 comments
Salam lensa hati
Minggu nie gambar-gambar yang akan di upload semuanya bertemakan kayu. :)

Sometimes many things in life open up your eyes to the good things you were'nt paying attention to before

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Read more »

Kesenangan Dunia yang Menipu

Wednesday 20 November 2013 0 comments
Salam lensa hati

Lame dah tak update blog. Sekarang akan aktif balik since mungkin ini cara untuk ku berdakwah. 

Find your passion and work on it. Do what ever that Allah loves and u will find nothing in this world created for nothing.

Thanx eqa chan. 



Read more »

Jatuh cinta pada bunga

Monday 23 September 2013 2 comments
-salam lensa hati-

Dari dulu saya sudah jatuh cinta pada bunga. 
Dan makin bertambah cinta ialah pada pembuat bunga sebab mampu membuat bunga seindah ini. 
Pasti Dia lebih indah dari semuanya..

Jom nikmati keindahan ciptaan Ilahi.





















Read more »

1st Time shoot gamba bunga api

Thursday 19 September 2013 0 comments
-salam lensa hati-

Hari tu ada jalan-jalan ke putrajaya. Cadang nak amik gamba jambatan dan bangunan yang ada kat situ. Then, tetiba nampk group of photographer jalan-jalan kat tempat yang sama saya lepak (pullman putrajaya).
Tanya la kat salah sorang photographer tu, rupenya ada event pertandingan bunga api antarabangsa kat situ.

Nasib baik waktu tu memang peralatan cukup untuk shoot gamba. Tunggu ape lagi, siap solat semua, terus pacak tripod dan cari angle yang best untuk shoot. Cari punya cari, dapat la angle yang agak menarik, tapi sayangnye, hujan lebat la pulak after tu.
Disebabkan tak de payung, terpaksa la cari tempat berteduh. Nasib dapat tempat bawah jambatan.

Nak di jadikan cerita, hampir semua photographer kat situ dah set up tripod masing2 kat tempat yang agak best, tapi yang kelakar nya, 1st bunga api yang keluar 2 agak melencong dengan tempat yang dah di set up. Habis bertempiaran photographer2 yang lain tu dok cari tempat baru untuk shoot gamba. Sian la tengok. Nasib saya dapat dok depan, so dapat gak la shoot gamba.

Pengalaman pertama menangkap gamba bunga api.

*gambar kat bawah nie semua adalah 1st time try tangkap gamba bunga api. Tak pernah pun tangkap sebelum nie. So cacat gak la.*

sini lah angle yang konon nya bunga api nk keluar. last-last tempat lain.











Best gak shoot gamba bunga api nie. 
Tapi dalam masa snap tu, pikiran terus teringat dekat mesir, palestin dan syria. 
Bunga api yang kita ada sekarang untuk persembahan, 
tapi mereka kat sana, subhanallah. Hanya Allah yang Maha Tahu. 
Meraka setiap masa setiap ketika, percikan api merata tempat. 
Percikan api yang membunuh.

 Ya Allah selamat kan saudara kami di sana.

Mari lah kita sama-sama
Renung-renungkan nikmat keamanan yang kita ada sekarang.
Hargailah.
Read more »

Koleksi Air Sungai

Sunday 25 August 2013 3 comments
-salam lensa hati-

seperti yang tertera pada tajuk di atas, 
disini saya sertakan beberapa koleksi foto 
yang sempat di shoot waktu mandi sungai hari tu.

*kelakar bila ambil gamba air sungai nie 
sebab orang sibuk mandi sungai kita sebuk ambil gamba. 
Tapi alhamdulilah dapat gak foto-foto yang best. (bagi saya la ^_^)*



-nasib jumpa pepatung satu-







Read more »

Perang dalam diri

Monday 12 August 2013 0 comments
-salam lensa hati-

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Moga tarbiyah ramadhan ini, dapat kita sama-sama kekalkan ke ramadhan kedepan

Perang dalam diri



Ramadhan yang berlalu banyak mengajar saya Erti kehidupan
Erti keseorangan
dan yang paling penting Erti Tarbiyah itu sendiri

Tarbiyah 
Tarbiyah akan terus mengalir, terus berjalan 
walau siapa pun pembawanya
walau siapa pun pengikutnya
walau siapa pun yang bersamanya
Yang pasti tarbiyah/islam itu pasti akan terus berjalan sehingga sampai ke penghujungnya.
Macam air sungai. 
Ia pasti mengalir dan terus mengalir
tanpa henti

Persoalannya berbalik pada kita
Adakah kita akan berhenti untuk ditarbiyah atau sebaliknya?

Jadi pesanan ringkas dari lensa hati
Jom jadi seperti air sungai ni
akan terus mengalir sehingga ia sampai pada tujuannya
kerana yang pasti
Perang dalam diri ini memang pedih dan sakit
tetapi yakinlah
Yang BISA akan bertukar jadi BIASA
dan yang BIASA kan bertukar menjadi Manis
dan Manis akan membawa kita untuk menjadi seorang mujahid yang sebenar.



Read more »

Buat Akhwat ku yang disayangi kerana Allah

Tuesday 30 July 2013 2 comments

-salam lensa hati-


to my beloved akhwat

terima kasih untuk semua
terima kasih untuk segala yang telah diberikan 
baik
wang, tenaga, masa dan paling penting 
ingatan sepanjang kita bersama

banyak yang di pelajari 
banyak yang di baiki
banyak yang di tulusuri
ketika kita bersama

Terima kasih untuk itu

Dalam setiap persahabatan 
dalam setiap jalinan ukhwah

yang kita harapkan cuma dua
nasihat dan doanya

Itulah yang akan mengeratkan ukhwah kerana Allah
biarlah kita
bertemu tidak jemu
&
berpisah tidak gelisah

kerana
antara kita
ada doa dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat.

Maaf dari ku
&
Terima kasih untuk semua


Read more »

Mana letakknya Allah di hati kita?

Tuesday 23 July 2013 0 comments
-salam lensa hati-


Kita sering bertanya
 Dimanalah kedudukan atau tingkatan kita di sisi Allah.
Apakah apa yang aku buat nie dapat meningkatkan darjat aku disisi Allah

dengan pertanyaan-pertanyaan ini 
kita lupa untuk bertanya 
dimana kita letakkan Allah di hati kita.

Mungkin di satu tempat yang jauh ke dalam hati sehingga kita jarang untuk melewati
atau
di tempat-tempat sempit yang ditindan dengan hal duniawi
atau
di tempat yang paling besar, paling utama dan paling ekslusif di dalam hati.

Jadi mari sama-sama renungkan dan bertindak untuk mengutamkan Allah lebih dari segalanya. 
Read more »

Bahagia kah kita??

Saturday 20 July 2013 2 comments
-Salam lensa hati-

Bahagiakah kita??

Bahagia yang sebenar bukan letakknya pada
banyaknya kawan kita
banyaknya  orang yang suka pada kita
banyaknya orang yang care pada kita

TAK TAK

Bahagia yang sebenar adalah
bila mana Hanya Allah di hati. Hanya Dia.
kerana dalam hati tidak boleh ada 2 cinta

Jika kita cinta Allah mustahil kita akan cinta dunia
dan jika kita cinta dunia amat mustahil kita akan cinta Allah.

sebab dalam 1 HATI TIDAK BOLEH ADA 2 CINTA 


So jom cinta Allah
insyallah akan jumpa kebahagiaan yang dicari.

*to my beloved akhwat*
moge sentiasa mencari kebahagian yang sebenar. Bukan penghargaan yang kita cari, Bukan popular yang kita ingini, 
tapi yang hanya menjadi tujuan kini dan selamanya adalah cinta Allah yang hakiki.




Read more »

-Ramadhan-9-

Wednesday 17 July 2013 0 comments
-Salam ramadhan dari lensa hati-


*gambar untuk ramadhan ke-9*

Kalau anda punya masalah, segeralah berkeluh kesah pada Allah
DIA pasti mendengar dengan serius keluhanmu
Apa yang anda mohonkan kepada Allah pasti akan ada jawapan
Tidak mungkin DIA kan berdiam diri dengan apa yang menjadi hajat makhluk-Nya 
kerana

DIA juga sudah tentu tahu sebelum hajat itu disampaikan

Hanya saja DIA ingin menguji tingkat keimanan dan keyakinanmu pada-Nya.

-hanya berharap pada-Nya-



Read more »

Gelagat-gelagat kecil ketika Terawih

Monday 15 July 2013 2 comments
-Salam Ramadhan dari lensa hati-

Moga ramadhan kali ini akan lebih lebih lebih baik dari ramadhan yang lepas.
 Usaha la sebanyak mana pun supaya ramadhan kali ini membawa perubahan dalam diri kita.

Yang lepas jadi kan pedoman, jangan kita ulangi lagi. 
Walau sudah 7 hari ramadhan berlalu, masih belum terlambat untuk mulakan yang baru. 
Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan mengampunkan hambanya yang bertaubat, 
sehingga kita yang bosan meminta ampun dari-Nya.

Jadi mari sama-sama memperbaiki diri di bulan yang mulia ini.

*adik-adik nie pun rajin datang masjid terawih, kita??







Read more »

Gambaran masjid di kaca lensa ku..

Sunday 30 June 2013 3 comments
-Salam lensa hati-

Hari tu ada jalan-jalan ke kuala kangsar
ziarah rumah sorang akhwat ni.
sambil ziarah sambil snap gamba.(sambil menyelam minum air)


Pandangan Masjid Ubudiah dalam kaca lensa ku.






Read more »

Hadiah buat sahabatku disana..

Thursday 20 June 2013 4 comments
-salam lensa hati-

SAHABAT
perkataan yang kini menjadi fobia untuk ku ungkapkan.
mungkin kerana diri ini yang harus belajar bagaimana nak bersahabat

sahabat untuk kali ini gagal lagi
mungkin ada silap sana sini
insyaallah, akan ku perbaiki 
tapi yakin lah wahai sahabat
 setiap perkara yang terjadi 
akan tetap menjadi kenangan terindah buat diri ni

SAHABAT
walau kita tak berjumpa, bersapa, bergtalk, bermsg
tetapi yakinlah yang ukhwah bukan hanya itu.

" Tidak ada seorang muslim pun 
yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim)
 tanpa sepengetahuannya,
 melainkan malaikat akan berkata
 " Dan bagimu juga kebaikan yang sama"
(Hadith riwayat muslim)

Ya, kita mungkin akan berjalan berasingan
tetapi yakinlah jika jalan yang kita lalui ini betul (pasti betul)
insyaallah kita pasti akan bertemu di satu tempat yang kekal abadi 
Di Sana



hadiah buat sahabat ku..
janji yea, engkau akan akan terus berjalan. 
jangan pernah berhenti.
jika pun engkau terjatuh dan menangis
bangkitlah
teruslah berjalan walau masih menangis.

-coretan akhir buat sahabat ku disana-


Read more »

Koleksi bunga yang menawan hati

Monday 10 June 2013 2 comments
Salam.

sekadar share koleksi bunga yang menawan hati


Jom lihat keindahan ciptaan ilahi dengan lebih dekat


Read more »

Kenangan Cameron bersama Sis (part II)

Thursday 6 June 2013 1 comments
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan" 



Read more »

Labels

binatang (1) bunga (3) burung (1) cameron (2) hijau (1) kaktus (1) malam (1) my big brother (1)
Powered by Blogger.

Total Pageviews

Viewers

Talk to Me