-salam lensa hati-
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Moga tarbiyah ramadhan ini, dapat kita sama-sama kekalkan ke ramadhan kedepan
Perang dalam diri
Ramadhan yang berlalu banyak mengajar saya Erti kehidupan
Erti keseorangan
dan yang paling penting Erti Tarbiyah itu sendiri
Tarbiyah
Tarbiyah akan terus mengalir, terus berjalan
walau siapa pun pembawanya
walau siapa pun pengikutnya
walau siapa pun yang bersamanya
Yang pasti tarbiyah/islam itu pasti akan terus berjalan sehingga sampai ke penghujungnya.
Macam air sungai.
Ia pasti mengalir dan terus mengalir
tanpa henti
Persoalannya berbalik pada kita
Adakah kita akan berhenti untuk ditarbiyah atau sebaliknya?
Jadi pesanan ringkas dari lensa hati
Jom jadi seperti air sungai ni
akan terus mengalir sehingga ia sampai pada tujuannya
kerana yang pasti
Perang dalam diri ini memang pedih dan sakit
tetapi yakinlah
Yang BISA akan bertukar jadi BIASA
dan yang BIASA kan bertukar menjadi Manis
dan Manis akan membawa kita untuk menjadi seorang mujahid yang sebenar.
0 comments:
Post a Comment
Jangan segan-segan beri teguran kepada saya. Terima kasih sudi datang. Semoga hidup anda hari ini diberkati Allah ^_^