-salam lensa hati-
SAHABAT
perkataan yang kini menjadi fobia untuk ku ungkapkan.
mungkin kerana diri ini yang harus belajar bagaimana nak bersahabat
sahabat untuk kali ini gagal lagi
mungkin ada silap sana sini
insyaallah, akan ku perbaiki
tapi yakin lah wahai sahabat
setiap perkara yang terjadi
akan tetap menjadi kenangan terindah buat diri ni
SAHABAT
walau kita tak berjumpa, bersapa, bergtalk, bermsg
tetapi yakinlah yang ukhwah bukan hanya itu.
" Tidak ada seorang muslim pun
yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim)
tanpa sepengetahuannya,
melainkan malaikat akan berkata
" Dan bagimu juga kebaikan yang sama"
(Hadith riwayat muslim)
Ya, kita mungkin akan berjalan berasingan
tetapi yakinlah jika jalan yang kita lalui ini betul (pasti betul)
insyaallah kita pasti akan bertemu di satu tempat yang kekal abadi
Di Sana
hadiah buat sahabat ku..
janji yea, engkau akan akan terus berjalan.
jangan pernah berhenti.
jika pun engkau terjatuh dan menangis
bangkitlah
teruslah berjalan walau masih menangis.
-coretan akhir buat sahabat ku disana-
4 comments:
Bismillahirrahmanirrahim,
ukhti kak syira
dari abu hurairah r.a, bahawasaya Rasulullah S.A.W bersabda, Allah ta'ala akan berfirman pada hari akhirat, "Dimanakah hamba-hambaKu yang saling berkasih-sayang kerana keagunganKu, hari ini Aku lindungi mereka, hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganKu"
(riwayat muslim, hadis 377 riyadhussolihin)
Semoga kerahmatan Allah meliputi kalian berdua :)
sahabat,hurmm#wehee
yea btol.hari yang kekal abadi DI sana... biar pahit skrg tp pengakhiran yang manis.
:)
Post a Comment
Jangan segan-segan beri teguran kepada saya. Terima kasih sudi datang. Semoga hidup anda hari ini diberkati Allah ^_^