Content
Hadiah buat sahabatku disana..
-salam lensa hati-
SAHABAT
perkataan yang kini menjadi fobia untuk ku ungkapkan.
mungkin kerana diri ini yang harus belajar bagaimana nak bersahabat
sahabat untuk kali ini gagal lagi
mungkin ada silap sana sini
insyaallah, akan ku perbaiki
tapi yakin lah wahai sahabat
setiap perkara yang terjadi
akan tetap menjadi kenangan terindah buat diri ni
SAHABAT
walau kita tak berjumpa, bersapa, bergtalk, bermsg
tetapi yakinlah yang ukhwah bukan hanya itu.
" Tidak ada seorang muslim pun
yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim)
tanpa sepengetahuannya,
melainkan malaikat akan berkata
" Dan bagimu juga kebaikan yang sama"
(Hadith riwayat muslim)
Ya, kita mungkin akan berjalan berasingan
tetapi yakinlah jika jalan yang kita lalui ini betul (pasti betul)
insyaallah kita pasti akan bertemu di satu tempat yang kekal abadi
Di Sana
hadiah buat sahabat ku..
janji yea, engkau akan akan terus berjalan.
jangan pernah berhenti.
jika pun engkau terjatuh dan menangis
bangkitlah
teruslah berjalan walau masih menangis.
-coretan akhir buat sahabat ku disana-
Hari ini hari yang hebat
Assalamualaikum
Hari ini hari yang hebat. Allah masih beri saya nikmat yang banyak untuk terus beribadah.
Adakah hari ini hari hebat anda?